Wednesday 12 September 2012

Terima Kasih...........

   Assalamualaikum........
 Pertama sekali dalam blog kedua saya yang agak sempurna kali ini kerana telah direka bentuk oleh anakku, Nur Adriana Batrisyia, terima kasih sekali lagi... ibu bab dalam teknologi terkini macam dah tepu, mungkin generasi baru kini lebih  fresh dengan bahan-bahan sebegini....

   Post yang pertama ini saya ingin memetik nota editor majalah iman,........
Mengeluarkan kata-kata sama ada melalui lafaz mahupun tulisan bukan satu aktiviti yang boleh diambil ringan. Ia perlu dilakukan dengan bertanggung jawab. Selembut-lembut lidah boleh menghiris hati,menjatuhkan maruah malah memusnahkan kehidupan orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah Nabi s.a.w apabila ditanya perkara yang dibimbanginya menyebut " Lidah ".
 
Pada hari ini, ucapan seseorang boleh sampai kepada jutaan manusia. Dengan hanya satu klik bentuk tulisan boleh tersebar ke seluruh dunia. Ini bermakna tanggung jawab amalan lidah jauh lebih besar dan berat dalam konteks hari ini.

Oleh itu, lazimkanlah ucapan istighfar, syukur, terima kasih, hiasi tutur dengan zikrullah, bermesralah dengan kata-kata yang jujur, indah, membina semangat dan motivasi. Sebut juga perkara-perkara yang baik, menyejukkan hati, sedikit pujian dan segala yang positif.

Yakinlah lidah yang lazim dengan kata-kata yang baik sedikit sebanyak mencerminkan hati pemiliknya. Nabi s.a.w bersabda "Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya....